NASI LEMAK SIMPLE & UDANG GORENG BEREMPAH

7/27/2012 01:13:00 pm

IFTAR 6

Assalamualaikum wbt.
Ramadhan kini sudah hari ke 6.
Dah menjejak seminggu. Alhamdulilah di atas limpah rahmatNya.
Izinkan melangkah seterusnya.
Kuatkan IMAN & Kekalkan KESIHATAN. Amin

Bila dzuhur menjelang mula minda tercari apakan menu di Iftar ke 6 ?
Aduh ! tugas di pejabat dan mengelamun pula ke dapur kecilku.
Wajah suami dan anak-anak berlegar dianak mata. Menu apa ya?
NASI LEMAK PUN SODAP!

JOM.

NASI LEMAK





Walau Nasi Lemak ni sudah menjadi kebiasaan tapi bak kata orang dulu-dulu lain padang lain belalang, lain tangan lain rasanya. Apa betul tak? Kawan-kawan kata Nasi Lemak saya sedap (puji diri lak-subhanallah)

Rasanya Ayam Goreng sudah sinonim dengan Nasi Lemak.
Apa kata kita hidangkan udang goreng berempah.



UDANG GORENG BEREMPAH

















UDANG GORENG BEREMPAH


BAHAN A

1 KILO UDANG
(Dibersihkan dan tidak perlu di buang kulit)

BAHAN B

1/2 CAWAN TEPUNG SURI/ADABI
1/2 CAWANG TEPUNG BERAS
3 SUDU MAKAN REMPAH KARI (Saya guna BABAS)
GARAM & PERASA SECUKUP RASA
3 TANGKAI DAUN KARI SEGAR
MINYAK MENGGORENG


Peraturan

  1. Kesemua Bahan B di masukkan ke dalam mangkuk dan dibancuh dengan air agak pekat.
  2. Ambil Udang dan terus celup di dalam bancuhan dan pastikan minyak mengoreng cukup panas dan mula menggoreng dan semasa menggoreng masukkan daun kari dan terus menggoreng hingga garing dan kuning keemasan.


POPIA GULUNG BERINTI KENTANG
DAN
DAGING












TQ Azlita - Masam-Manis
Sentuhan Azlita memang memikat kalbu.







You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

LIKE US ON FACEBOOK