PUASA KE 4. SUP TULANG LEMBU

7/25/2012 06:19:00 am

Salam Ramadhan.

Dah masuk hari ke 5 kita di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.
Harap semua friends di bawah payung lindunganNya.
Rasanya bulan inilah paling istimewa buat kaum ibu. Tentunya aktiviti menyediakan juadah berbuka untuk ahli keluarga.

Tanggal 21hb Julai adalah hari ulangtahun saya dan semestinya kami sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk menikmati juadah berbuka bersama seisi keluarga. 
Kepada semua ahli keluarga, kawan2  yang mengucapkan selamat Ulangtahun dan mendoakan saya, hanya ucapan ribuan terima kasih dapat saya hulurkan.

Ooops macamana ibadah terawih?
Semuga kesihatan bersama kita dan dapat kiranya kita sama-sama menjalankan ibadah ini.

Jangan celoteh banyak. Jom jengah dapur Ramadhan saya.


PUASA KE 4


SUP TULANG 
















Hari ini pulang dari kerja jam 4-30 petang dan terus ke pasar. Dah janji dengan Hubby nak masak sup tulang.




JEMPUT IKAN BILIS, 
TEMPE DAN TAUHU GORENG BERKARI, 
KACANG PAJANG DEEP FRYING 










TEMPE, TAUHU
& KACANG PANJANG GORENG
TEMPE
TAUHU
KACANG PANJANG
(Boleh tambah kentang, lobak merah, bayam)

TEPUNG RANGGUP

1/2 CAWAN TEPUNG SURI
1/2 CAWAN TEPUNG BERAS
3 SUDU BESAR SERBUK KARI ADABI
GARAM
PERASA
AIR


Gaul kesemua bahan di atas agak pekat. Masukkan semua yang hendak digoreng dan pastikan api panas dan mula menggoreng. Sedap di makan bersama kicap lada, sos atau mayonies.





BUBUR KACANG HIJAU ISTIMEWA
(Kenapa istimewa ??? Sentuhan anak bujangku AZYM. Kelaz gitu.)






Tujuan berkongsi adalah menimbulkan semangat dan kekuatan di dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Jom kita tingkatkan semangat dan kuatkan IMAN. Jom masak.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

LIKE US ON FACEBOOK