OREO CHILLED WITH FRESH FRUITS

3/14/2012 11:42:00 am

Assalamualaikum, hari ini dah hari Rabu, dah pertengahan minggu.

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik dah hampir seminggu anak-anak bercuti sekolah. Hujung minggu dah memulakan routine menghantar anak-anak pulang ke asrama. ALYA anak sulong ku belajar di Sekolah Sains Sultan Iskandar Mersing, maka minggu ini menu masakan boleh dikatakan selari dengan masakan yang diminati oleh anak daraku.

Di keheningan subuh dengan tiupan angin sepoi bahasa, saya memulakan routine di dapur kecilku. Bertemankan Hubby tercinta, mulalah mencuba N3 terkini dapur intan masam-manis. TQ bebanyak pada Ita sebab semua resepi diminati oleh kami sekeluarga.

Hari ni saya mencuba resepi yang baru dimasukkan oleh Azlita iaitu OREO CHILLED IN GLASS tapi saya guna mangkuk je. Jom kita jenguk.


 OREO CHILLED WITH FRESH FRUITS





RESEPI

BAHAN-BAHAN

  1. BISKUT OREO
  2. 120 GRAM FRESH YOGURT
  3. 200 GRAM WHIPPING CREAM
  4. 250 GRAM CREAM CHEESE
  5. 30G GULA CASTOR
  6. BUAH-BUAHAN KEGEMARAN - strawberry, kiwi, orange, ikut kegemaran

PERATURANNYA :-

  1. Pukul whipping cream sehingga kental (bertanduk). Jika terbalikkan bekas yang  mengandungi whipping cream yang telah dipukul kental ia tidak akan jatuh.
  2. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati di dalam mangkuk lain.
  3. Di dalam bekas cream cheese masukkan yogurt secara kaup balik pelahan-lahan sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan whipping cream secara sedikit demi sedikit secara kaup balikkan.
  5. Patahkan biskut oreo ke dasar gelas ataupun mangkuk, kemudian masukkan sesenduk bahan yang dikrimkan dan susun buah-buahan ikut kreativiti. Masukkan sesenduk lagi krim dan hias mengikut kegemaran.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk sebagai hidangan pencuci mulut.








Foto ini diambil takala jam menunjukkan 7-30 pagi hari ini. Dengan bantuan anak dara saya, ALYA OMAR sempat saya kongsikan OREO CHILLED WITH FRESH FRUITS ini.








Jam 10-00 pagi takala asyik menyiapkan tugasan di pejabat, teringat nak tanya anak-anak di rumah. Masa pergi kerja anak-anak baru bangun dari tidur. Anak ketiga ku ARASH OMAR menyambut ganggang dan terus memberitahuku "Ibu, abang cik (panggilan manja) dah makan dessert ibu, sedapnya. Along, Angah & Baby pun dah makan.". Tinggal dua mangkuk untuk Ayah Ibu. HA3". Begitulah ketawa gembiranya. Alhamdulilah berjayalah kiranya. TQ to Azlita again.

So what can I say - IBU, MUM, MUMMY, UMI, EMAK pls have a try.


SELAMAT MENCUBA.

You Might Also Like

2 comments

  1. assalamualaikum kak.. salam pekenalan..
    wahh saya memang kagum ngan akak akak yang bz di opis tapi sempat masak2 mcm ni. sedapnyerr tengok oreo yang ada cheese gitu. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      TQ di atas salam pekenalan itu. Akak pun kagum kat Izah. Tp apa2 pun semangat kewanitaan ni mst selalu dipupuk lau tak lemah je kan? Semuga Allah beri kekuatan. Oreo Cheese tu sedap lik keja smlm br dpt rasa mmg bebaloi. Kegemaran anak2 akak. TQ kat Azlita.

      Delete

Popular Posts

LIKE US ON FACEBOOK