CHOCOLATE MARBLE CHEESE BROWNIES

3/10/2012 09:51:00 pm

Assalamualaikum wbr.
Alhamdulilah dapat mengetuk papan kekunci setelah terlalu sibuk dengan aktiviti yang silih berganti.
Bukan masa mencemburui tetapi diri sendiri ada penyakit M. (Malas)

Bagi diri saya yang tak pandai mempraktikkan masa maka banyaklah helah yang cuba diutarakan.
Ish! Ish! Jauhi diri anda dari gajala M. Setelah berbagai vitamin disuntik maka kekuatan berkunjung kembali so ini lah N3 terkini.

Setelah lama menyepi saya sempat menelaah beberapa blog rakan-rakan untuk satu tambahan kepada business saya. Rata-rata customer menanyakan sesuatu kelainan di dalam NO'Lys Deli. Ada yang meminta untuk juadah yang menggunakan cokelat dan cheese. Google punya google akhirnya saya singgah ke blog rakan blogger http://www.yateasybakes%2cblogspot.com/. Tanpa berlengah, saya mencuba CHOCOLATE MARBLE CHEESE BROWNIES. Tq 2 Yat coz from the 1st time I try the brownies, everybody in d house seems to LUV it. Percubaan kedua saya rasakan jiran sebelah Pn Salmah dan rakan di pejabat. Semua kata very nice.



TQ Abby


Tq STELLA



TQ TEACHER SHELIZA



FOR KUDAPAN MY CHILDEN




Nak dijadikan cerita saya bawa beberapa kepingan ke pejabat untuk halwa selera kawan2 tanpa disangka rakan sepejabat Miss Stella terus membuat tempahan untuk julung kalinya MARBLE CHEESE BROWNIES sebanyak 2 buku. Saya guna loyang saiz 10" x 10". Alhamdulilah satu kejayaan, ianya diterima pelanggan.

Stella ni adalah customer POLKADOT yang sentiasa membuat tempahan untuk saudara-mara di Singapura. Ha! Sape sangka POLKADOT I ke luar negara. Bangga lak. Astafirulallahalazim. Jangan bangga diri nanti nikmat Allah tarik. Anyway TQ tu STELLA begitu juga Abby Honey yang menjadi customer ke dua membuat tempahan. Abby nak tambah cheese selalu saya buat guna 250 gram cream cheese TAPi.. Abby Honey request 500 gram. No problem. Peminat cheese. TQ Tq Abby.









Ooops ... Ni kek apa ye?
Atas promo lisan MARBLE CHEESE BROWNIES di pelbagai menjadi BIRTHDAY cake untuk JK (Jui Koon) my coleague. HAPPY BIRTHDAY JK. Tq to my supportive friends. Our friendship highlighted my business (FRANCE - Friendship Remain And Never Can End). Alhamdulilah. Tapi saya nak rakam ribuan terima kasih pada blogger yang sudi berkongsi resipi. Pada pendapat saya, selagi resipi kita diguna pakai ke jalan yang diredhai selagi itu le pahala melimpah. Betul tak.

Saya teringat anak sulungku ALYA alyaomar.blogspot.com bercerita alkisah para cendiakiawan seperti IBNU SINA, IBNU KHALDUN, GATES, THOMAS EDISON, etc. menurut ALYA gurunya berkata "para cendiakawan ni adalah pengasas kepada sesuatu utk kegunaan sehingga hari ini cthnya, ilmu perubatan, telefon, elektrik, radio dsb masih digunakan sehingga hari ini. Maknanya selagi diguna secara manafaat selagi tu lah mereka mendapat pahala"  Oooi sape tak nak pahala leh tampon dosa kecil kan. Insyallah. TAPIiiiiiiiiiiiiiii jgn salah guna.....! Saya adaptasikan pada sharing resipi leh tak msk golongan ni. Insyallah.

K jom sharing hasil sentuhan saya.
Sorry pada Yat, akak dah ubah penampilan BROWNIES tu.


 

THIS IS MEANT FOR JK'S BIRTHDAY















SPECIAL FOR STELLA'S FRIEND BIRTHDAY







Ini percubaan kedua untuk rakan-rakan di pejabat.




CHOCOLATE MARBLE CHEESE BROWNIES


A.     CHOCOLATE MARBLE


Bahan-bahan :-

  1. 250 gram BUTTER (Saya guna Buttercup can always try the SCS unsalted butter)
  2. 1 cawan serbuk KOKO ( Saya guna Van Houten)
  3. 1 1/2 cawan gula castor
  4. 3 biji telur Gred B
  5. 1/2 cawan susu cair 
  6. 1 1/2 cawan tepung gandum (di ayak bersama serbuk penaik & soda bikabonat)
  7. 1 sudu teh baking powder
  8. 1 sudu teh soda bikabonate
  9. 1 sudu teh esen vanila 
Peraturan :-

  1. Cairkan butter di atas api yang sederhana
  2. Masukkan serbuk koko di kacau sehingga sebati
  3. Pukul telur bersama gula castor dengan tangan secara ringan dan campurkan esen vanilla
  4. Masukkan telur yang telah agak sebati ke dalam adunan koko sambil dikacau pelahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu
  5. Masukkan sudu cair dan seterusnya tepung yang telah diayak dan gaul sehingga sebati 
  6. Griskan loyang (Saya guna loyang 10" x 10") dan alas dengan baking paper.
  7. Panaskan oven dengan kepanasan 170 celcius 
  8. Tuang adunan ke dalam baking tray dan bakar selama 25 minit. (Jangan lupa tinggalkan sedikit adunan untuk membuat corak di atas cheese)

B.        CREAM CHEESE


Bahan-Bahan :-

  1. 250 gram cream cheese (Saya guna SCS cream cheese)
  2. 1 cawan gula castor
  3. 1 biji telur Gred B
  4. 1 sudu kecil esen vanilla

Peraturan :-

  1. Pukul cream cheese hingga berkrim dengan kelajuan sederhana
  2. Masukkan telur dan pukul ringan
  3. Tambahkan esen vanilla dan pukul selama 3 minit

JOM KITA START MELOREK 

Curahkan cream cheese di atas brownies.
  1. Ratakan.
  2. Mulakan melorek dengan menggunakan lebihan adunan chocolate marble ikut kreativiti masing-masing.

ENAK DIHIDANGKAN BERSAMA MILO PANAS.
Terima kasih pada semua blogger yang kongsi resipi ni.
Tak rugi mencubanya.


SELAMAT MENCUBA









You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

LIKE US ON FACEBOOK