NASI DAGANG
3/04/2012 02:13:00 pm
Assalamualaikum wbr. Pd rakan baru yg sudi singgah TQ. U appreciate my work.
Lama sungguh tak singgah kat blog sendiri. Terlalu byk utk dicerita atau dicoret. Kesihatan agak terganggu. Pemikiran agak bercelaru. Oops tak yah membebel kita terus ngan N3 terkini.
Lately buss. POLKA agak suram. Tak kan nak paksa customer asyik li je. Rezeki Allah yg beri. Lebih 5 hari tak membuat POLKA masa yg terluang dihabiskan dgn mendeco teratak yg tak seberapa dan mencuba bbrp resepi kwn2 blogger.
Masa yang terluang ni saya penuhi dengan menjamu selera keluarga. Tiba-tiba teringat nostalgia semasa menuntut ilmu di UiTM Dungun lebih 27 tahun yang lalu. Masih ku ingat lagi, sarapan pagi di kafe menghidangkan nasi dagang dan nasi rampai (hujan panas) (minggu orientasi). Kami budak Johor & KL agak kehairanan sebab pagi hari dah makan berat, paling berat pun kat semenanjung ni mkn nasi lemak. Seorang sahabat mek Terengganu, yang ku panggil Su kata kat pantai Timur ni makanan berat keutamaan utk sarapan sebab nelayan nak ke laut. So satu tradisi le. Lau nak tau kedua nasi ni menjadi kegemaran kami sekeluarga. Maka dah jd tradisi lak bila cuti masak sbg menu sarapan pagi.
NASI DAGANG (VERSI Norlyda)
IKAN TONGKOL KARI
RESIPI
1 ekor ikan tongkol (tongkol putih kegemaran)
3 sudu besar rempah kari BABAS (ikan)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada BABAS
3 btg serai (dihiris ambil yang lembut)
1 inci lengkuas }
1 inci halia }
7 ulas bawang merah } blender
3 ulas bawang putih }
1 cmb kerisik
1/2 biji kelapa (jadikan 1/2 cawan santan)
3 keping asam keping
1 sudu kecil asam jawa xtra
Cara-cara :-
- Bersihkan ikan gaul dengan kunyit serbuk.
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan-bahan yanh di blender hingga naik bau.
- Masukkan semua jenis rempah dan sederhanakan api.
- Bila agak berminyak dan wangi masukkan ikan yang digaul kunyit dan sedikit air. (Air jangan banyak sekadar untuk mengaul rempah tumisan dan ikan.
- Bila ikan agak lembut masukkan kerisik dan biarkan naik minyak.
- Pada peringkat ini kuah akan menjadi agak banyak dan kecilkan api dan biarkan hingga agak pekat.
- Masukkan santan pekat dan seterusnya asam keping dan air asam jawa.
- Bila mendidihkan masukkan bahan-bahan perasa dan suaikan dengan citarasa.
- Rendidihkan sehingga agak pekat dan bolehkan masukkan cili merah yang dibelah sebagai penambah seri masakan.
SELAMAT MENCUBA.
ACAR TIMUN
NASI DAGANG
0 comments