MAMA DOROSCHS' CARROT CAKE
4/22/2012 01:53:00 pmAssalamualaikum wbr.
Friends lamanya tak bercerita. Aduh sibuk betul.
Selama menyepi, banyak idea yang dah dikumpul. Mencari masa senggang tapi di pejabat waktu lunch juga yang dicari. Maaf Boss. Anyway lunch kan.
Oops dalam sibuk ada juga blog rakan yang di terjah. http://biscousatoi.blogspot.com/.
Saya juga telah mencuba CARROT CAKE yang dibuat oleh Rima.
Firstly I nak ucapkan TQ pada Rima for the sharing receipe.
Sedap. Tapi ia mengambil masa yang agak lama untuk masak.
Tersilap pulak guna acuan 7" apa lagi punya tinggi dan agak lembap. Anyway kena cuba baru tau.
Jom tengok.
MAMA DOROSCHS
CARROT CAKE
Bahan-bahan :-
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan minyak
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 tsp baking soda
2 tsp baking powder
2 tsp serbuk kayu manis
1/4 tsp garam halus
3 cawan padat carrot diparut
3/4 cawan walnut
1/2 cawan kismis
Penyediaan :-
- Di dalam mangkuk besar pukul gula & minyak.
- Masukkan telur satu persatu
- Di dalam mangkuk sederhana ayak tepung, b.powder, b.soda & garam
- Masukkan bahan diayak ke dalam adunan yang dipukul.
- Masukkan carrot dan kekacang, kismis dan gaul sebati.
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 45 - 1 jam. (Saya mengambil masa yang agak lama untuk kek masak. Bergantung pada kepanasan oven)
RAJIN-RAJIN MENCUBA
Kepada kaum ibu yang mengalami masalah untuk memberi anak makan sayuran kek ini boleh di cuba kerana aroma lobak merah dan campuran kulit kayu manis yang harum akan menyebabkan anak-anak suka untuk mencuba. Have a good try.
0 comments