CUCUR UDANG
12/27/2011 02:47:00 pm
Hari ni kena g kerja setelah tiga hari berehat sempena CHRISTMAS DAY.
Tiga hari bercuti hujung minggu sibuk dengan kerja di dapur dan menyelenggara kain basuhan yang tidak dpt dikeringkan akibat cuaca yang mendung.
Aktiviti yang utama adalah COOKING.
Tiga hari ni dapatlah I menjamu keluarga dengan juadah yang tidak seberapa. Nak tengok apa I masak jom kita kongsi & insyallah leh I kongsi resipi.
CUCUR UDANG |
CUCUR UDANG (Tanpa Penaik)
1/2 KILO TEPUNG GANDUM (I use only 1/2 kg sebab anak2 suka mkn panas2 sekali perabih)
1 TSP LADA SULAH/LADA HITAM
DAUN KUCAI (ikut suka sebanyak mana - potong anggaran 1 inci)
BAWANG BESAR (potong dadu)
GARAM SECUKUP RASA
UDANG SEDANG (buang ekor & kepala)
AIR PANAS
1. Tepung, lada sulah, garam di masukkan ke dalam mangkuk adunan.
Gaul hingga rata.
2. Tuangkan air panas dan bancuh sehingga agak sesuai untuk di letak ke
dalam sudip.
3. Kemudian masukkan daun kucai, bawang dadu.
4. Panaskan minyak dan mulakan membuat cucur. (I guna senduk panas
masukkan bancuhan)
5. Sebelum memasukkan sudip ke dalam minyak letakkan seekor udang
di atas tepung.
6. Goreng sehingga cucur lekang dari sudip.
(Guna api panas tetapi sederhana besar)
SELAMAT MENCUBA.
0 comments