MY SATURDAY & SUNDAY

1/08/2012 02:26:00 pm

Salam kawan2 yang singgah di blog saya.

TQ krn sudi berkongsi cerita dan minat serta pengalaman.

Kini saya agak buzy ngan tugas harian kerana sesi persekolahan baru bermula. Baru
1st week anak2 dah mula ngan aktiviti kokonya. Biasanya Sabtu pagi dptlah santai sikit tp minggu ni hantar anak2 ke sekolah. Berkorban apa saja.

Slps hantar anak mataku melirik ke arah tanaman cili padiku. Pokok cili  yang ada lebih  kurang 40 batang saya dan suami tanam (Kat depan rumah je bkn kebun). Pada mulanya tanam sebab banyak anak cili tumbuh di bawa oleh burung kot. Tapi atas usaha saya berdua, ia membuahkan hasil yg dapat saya jual di kedai berdekatan (Hubby jual di kedai Dris. His friend). Sekilo bt masa ni RM16-00 sekali kutip mencapai 2kg. Baja tanah bakar yang suami ku bakar dan najis arnab. (DODY arnab kesayangan keluarga). Hari ni saya tanam semula beberapa pokok anak cili utk pertukaran pokok yang dah veteran. Ha3. Alhamdulilah. bak kata arwah mak "BERBUDI PADA TANAH INILAH HASILNYA".

Hari ni ada tempahan POLKADOT dari AYU (sahabat seperjuangan di law firm) 200 pcs POLKADOT dan 25pcs BLUEBERRY CHEESE TART. Selain buss POLKADOT adalah jua BLUBERRY CHEESE TART sebagai sampingan peminat cheese tart. (My children favorites). TQ masam manis. Ita TQ sudi kongsi resipi.


BLUEBERRY CHEESE TART

AYU'S ORDER

25PCS/BOX OR 30PCS/BOX

Bila I lek dr jumpa Ayu, my son says that his grandpa & grandma is coming for visiting. Hari ni kami plan makan bubur nasi. I masak kangkung goreng belancan, ikan masin bulu ayam goreng tepung, telur lobak asin scramble, ikan bilis goreng dan ikan tenggiri masak kicap. Aduh sedapnya. Tak cukup bubur.

My MIL & FIL is coming for tea. Apa lagi jom buat marble kek. My FIL & MIL favourite. Resipi tradisional keluarga hasil nukilan my sis NORLYA. TQ Sis. I will share the tradisonal way of preparing the cake.



KEK MARBLE


BAHAN-BAHAN


1 CAWAN MAJERINE (Saya guna PLANTA MAJERIN)
1 CAWAN GULA KASTOR
1 CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI
3 BIJI TELUR (Saya guna telur GRED B)
1 CAMCA BESAR SUSU PEKAT
1 SUSU TEH ESEN VANILLA

CARA-CARA
  1. MASUKKAN GULA & MAJERIN KE DALAM MESIN PENSEGISAR
  2. PUKUL KELAJUAN SEDERHANA HINGGA SEBATI
  3. MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI DAN MASUKKAN ESEN VANILLA
  4. PUKUL SEHINGGA SEBATI DAN SETERUSNYA MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL PUKUL DENGAN KELAJUAN SEDERHANA.
  5. MASUKKAN SUSU PEKAT 
  6. BAHAGI ADUNAN KEPADA 2WARNA (ikut kegemaran, saya guna koko)
  7. TUANG KE DALAM ACUAN BERSELANG SELI.
  8. BAKAR PADA KEPANASAN 150 C SELAMA 30 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK.
SELAMAT MENCUBA















You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

LIKE US ON FACEBOOK