ROUTINE - AYAM MERAH BERSOS TOMATO

1/09/2012 09:49:00 am

SALAM

Tiba sudah hari Isnin
Hari yang memang di nanti-nanti
Menjengak office penuh dingin
Bukan tak suka tapi penuh tanggungjawab menanti

Setelah dua hari menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, kini bermula lah era menjawat jawatan di pejabat kembali. Sampai pejabat jam 9-00 pagi. (Oops lambat, waktu kerja mula 8-45 am, maklumlah pagi-pagi dah ada tetamu). Di atas meja ku penuh dengan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Tak cukup dengan yang tak selesai, ditambah dengan yang terkini. Itulah tugasku. Aku redha demi keluargaku. K nanti kita sambung lagi.

Hari ni saya mulakan harian dengan kek marble lebihan semalam dah t inggal 3 potong je. Kek marble ni kegemaran hubby dan anak-anak. Jgn lupa mencuba resipi di N3 yang lalu. AYMAN anak bungsuku berkeinginan makan ayam masak merah. Hari ni menu tengah hari adalah nasi putih, ayam merah bersos tomato dan acar timun bersos yougurt.


AYAM MERAH BERSOS TOMATO


Resipi koleksi pribadi.
Hasil sentuhan : NORLYDA YUSOFF

AYAM MERAH BERSOS TOMATO


Bahan-bahan


  1. Seekor ayam di potong kari (Boleh potong 4 atau 8 (ikut suka))
  2. 15 tangkai lada kering (dibuang biji)
  3. 8 ulas bawang merah
  4. 4 ulas bawang putih
  5. 2 inci halia
  6. 2 inci lengkuas
  7. 2 labu bawang besar
  8. 1/2 cawan sos tomato
  9. 1/4 cawan air ayam jawa
  10. gula pasir, garam

PERATURAN

  1. Ayam di basuh bersih dan digaul kunyit & garam. Kemudian goreng setengah masak.
  2. Lada, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas di blender halus.
  3. Panaskan minyak mengoreng ayam anggaran 1 cawan dan masukkan bahan-bahan yang diblender.
  4. Goreng sehingga naik bau dan terbit minyak.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan seterusnya masukkan tomato sos dan air asam jawa.
  6. Gaulkan bersama lada hingga sebati dan agak pekat tambahkan air suam.
  7. Masukkan bahan-bahan perasa.
  8. Akhir sekali tabur bawang besar yang dipotong bulat agk tebal.
  9. Sedia untuk dihidang.



ACAR TIMUN BERSOS YOGURT


ACAR TIMUN BERSOS YOGURT


BAHAN-BAHAN

  1. 2 BIJI TIMUN MUDA (dibelah dan buang empulur)
  2. 2 biji lada merah
  3. 2 biji lada hijau
  4. 1 biji lemon (limau kasturi/limau nipis pun boleh)
  5. 1 labu bawang besar (dimayang/potong dadu)
  6. Beberapa tangkai daun pudina
  7. 1/2 cawan plain yogurt
  8.  Sedikit garam, perasa
PERATURAN

  1. Timun yang dibuang empulur dipotong dadu
  2. Lada merah dan hijau di hiris-hiris
  3. Bahan 1 & 2 dimasukkan ke dalam mangkuk
  4. Letak yogurt ke dalam mangkuk bahan dan perahkan lemon
  5. Gaul dan tambahkan garam dan sedikit perasa
  6. Taburkan helaian daun pudina dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidang
  7. Acar ini sesuai juga dimakan bersama Nasi Arab atau Nasi Beriyani.
RENUNG-RENUNGKAN.
SELAMAT MENCUBA




You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

LIKE US ON FACEBOOK