ULAM PEGAGA DAN IKAN GORENG CILI PADI

4/11/2012 04:31:00 pm

Apa khabar rakan2.

Alhamdulilah kita bertemu lagi. Hari ini adalah cuti umum sempena Pertabalan Yang DiPertuan Agung. Yang Di Petuan Agung telah dua kali memerintah. Daulat Tuanku.

Tak tau apa nak masak hari ni. Pagi dah menjamu selera di warong berdekatan. Apabila perut dah penuh maka penyakit M berkunjung. Hubby meminta tolong memetik cili padi yang telah banyak membuahkan hasil. Kalau tak dipetik harga jualan akan turun.

Di atas batas cili, tumbuh pokok pegaga dan sedang banyak menghasilkan dedaun. Sedap kalau dibuat ulam. Satu idea yang bernas. Ulam pegaga dengan ikan goreng cili padi. Tanak nasi panas-panas. Aduh sedapnya. Daun pegaga dipetik bersama cili padi. Jom kita masak.

















Saya khabarkan pada anak-anak bujang saya yang tidak menyukai ulam-ulaman. Daun pegaga
di panggil GINGKO dalam istilah perubatan. Makan daun pegaga menguatkan ingatan. Bujang semua tak lepas peluang mencuba. Atas sentuhan tangan ibu, ulaman tidak mengeluarkan rasa pahit sebaliknya aroma dan rasa herba menawan seisi keluarga di cuti umum ni. Ibu semua, kita harus pelbagaikan daun herba agar diminati anak-anak masa kini. Nanti saya sisipkan resepi ulaman ini.






Aduh! Amatur ambil photo serba tak kena. Nak focus ikan goreng cili padi tak mengena lak. Anyway, itule ikan kembong goreng bercili padi. Ini adalah antara favourite anak-anak bila kebuntuan idea memasak mesti diakhiri dengan ikan goreng cili padi. SODAP! Tak caya JOM CUBA.



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

LIKE US ON FACEBOOK