MEE BANDONG MUAR

3/13/2012 05:13:00 pm

Hai apa khabar rakan-rakan blogger?

Ceria tak di pagi ni?
Kalau hari Isnin mesti mood M menjengak tp hari ni dah Selasa tentu dah keep fit kan?
Anyway this morning saya agak bertenaga sebab my POLKADOT business kembali bertenaga. Sekali lagi TQ to all POLKADOT'S luver.

Hari ni bangun seawal jam 3-00 pagi sebab ada tempahan POLKADOT dari regular customer iaitu Cik Ayu Ng Seng Kang. (Dia keja kat Law firm Ng Seng Kang so panggil di Ayu Ng Seng Kang) Sorry friend. I patut say thousand TQ to my Hubby sebab setia menemani I kat dapur kecilku. I mengedot dia tolong kukus.




TQ TQ Ayu




Business saya namanya NO'Lys Deli. Business ni kecilan saja. Alhamdulilah. Rezeki Allah beri kita berusaha ke arah yang lebih baik. Sementara menunggu POLKADOT I membancuh CHOCOLATE MARCLE CHEESE BROWNIES. Teringat lak kat ITA Lim Kian Ser Kluang, my long distance friend. ITA keja kat Kluang (Law firm Lim Kian Ser so I call ITA LIM KIAN SER). Ita nak rasa my Marble cheese so i pun buat utk anak-anak dan sekali untuk rasakan Ita. I kirim kat Sujata, lawyer dia ada turun Mua. TQ Sujata. Sori u cant taste coz u r full vege.

Hari ni I rasa nak makan mee bandung. Apa lagi Rempah Mee Bandong Mak Pon Muar ada dalam stok simpanan di freezer. Bahan-bahan menetapi, so jom kita masak.



MEE BANDONG MUAR
(Rempah Mee Bandong Mak Pon)



Ini sarapan pagi hari ni. Secawan tea dan semangkuk Mee Bandong. 










Sanak-saudara yang berkunjung ke Muar, Johor pasti akan bertanya "kat mana Mee Bandong Mua yang sedap?  Satay?" Inilah 2 pertanyaan yang seiring apabila diajukan. Biasanya kat Tanjong, Muar, Mee Bandong Bakar, tepi laut atau warong Sahak. Tapi bagi saya, kalau nak sedap dan berasa bolehlah sediakan sendiri. Dah berbagai perencah yang saya cuba, tapi saya rasa Rempah Mee Bandong Mak Pon menepati selera kami sekeluarga.

RESEPI


Bahan-bahan :-


  1. 1/2 kilo daging lembu di rebus dan lebihkan air rebusan
  2. 1 paket perencah mee bandong Mak Pon (Special)
  3. 5 keping tauhu digoreng (dipotong nipis)
  4. sawi
  5. 6 biji telur ayam
  6. Mee kuning 1 kilo (dicelur dan toskan)

Peraturannya :-

  1. Masukkan daging dan air rebusan ke dalam kuali. 
  2. Masukkan sebungkus perencah mee bandung Mak Pon
  3. Didihkan sambil dikacau jangan terlalu banyak air biar agak pekat
  4. Masukkan sawi yang dipotong, tauhu, didihkan dengan api sederhana sambil dipecahkan telur satu persatu ikut bilangan yang mencukupi.
  5. Dah siap. 
  6. Curah kuah atas mee yang telah dicelur dan tabur dengan bawang goreng

Senangkan cara penyediaannya. Sedap dan menyelerakan. Anak-anak puashati bila bangun tidur dapat makan mee bandung.

SELAMAT MENCUBA.




You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

LIKE US ON FACEBOOK